Mungkin itulah keburukan menjadi kerajaan, apa sahaja kebaikan pasti akan dipandang buruk dan negatif. Atau mungkin juga itu hanya keburukan org Islam Melayu di Malaysia yang tidak berjiwa besar dan sentiasa rendah diri ataupun suka berbalah segala perkara apabila tidak mempunyai ideologi politik yg sama.
Begitulah rendahnya mentaliti masyarakat kita. Saya masih ingat lagi dahulu ketika kerajaan memperkenalkan Penanaman Padi Dua Kali Setahun, apa yang org Islam kita kata? Mereka begitu marah dengan penanaman padi sebegini atas alasan sebelum ini tidakpun pernah dilakukan. Niat sebenar kerajaan adalah untuk meningkatkan ekonomi org Islam kita tapi disebabkan peranan pihak ketiga yang suka adu domba dan mempolitikkan segala isu maka bermacam-macam lah tohmahan dan tentangan yang dilemparkan. Begitu juga dengan projek lebuh raya utara selatan yang dikatakan sebagai projek yang tidak berguna tetapi kini menjadi penghubung yang sangat berkesan bagi pelajar-pelajar, peniaga-peniaga dan segala urusan rasmi disebabkan faktor keselesaan dan masa.
Sebab itulah jika kita lihat kesukaran untuk menjayakan penjualan tanah, ini semuanya berkait dengan pihak ketiga. Tuan punya tanah akan mudah mempercayai pihak ketiga yang akhirnya membawa kerugian kepada diri tuan tanah. Begitu jugalah dengan rakyat atau kumpulan sasar sesuatu perubahan yang cuba dibawa oleh kerajaan, rakyat atau kumpulan sasar ini begitu mudah mempercayai cakap-cakap politik atau hasutan pihak ketiga. Saya sangat yakin mereka langsung tidak mengkaji atau berfikir secara tenang akan kebaikan sesuatu perubahan. Mereka lebih senang menggunakan emosi yang akhirnya memakan diri mereka.
Berbalik kepada Salam 1Malaysia, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba membawa dakyah bahawa kerajaan cuba menggantikan pengucapan "Assalamualaikum" dengan Salam 1Malaysia. Walhal hakikat dan kebenarannya adalah Salam 1Malaysia itu adalah sebagai pengganti Salam Sejahtera kepada rakyat bukan beragama Islam di negara kita.
Kadang-kadang terfikir juga bahawa umat Islam di Malaysia hanya mengucapkan "Fitnah itu lebih dasyat daripada membunuh" hanya sebagai mainan bibir atau senjata politik apabila kumpulan yang mereka sertai ditimba musibah. Padahal dalam banyak perkara kerajaan ditohmah tidak pula diperbetulkan akan tohmahan itu.
Nampaknya kematangan politik kita masih di peringkat yang sangat rendah, kita tidakpun berusaha menjayakan konsep "check and balance" dalam konteks yang diredhai oleh Allah. Sesiapa yang bermusuh dengan kita secara politik akan ditolak segala kebaikan kerana dendam kesumat kita yang tidak berpenghujung. Begitulah tragisnya perpecahan agama dan bangsa di negara kita. Pencinta-pencinta Islam kita masih tidak berada di lorong yang betul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment