Bagi anak-anak muda melayu/bumiputra zaman sekarang, mungkin DEB tidak memberi sebarang maksud kepada mereka....Yalah,mereka sekarang hidup dalam keadaan mewah @ setidak-tidaknya mereka bukanlah miskin tegar @ tidak mempunyai wang yang banyak tetapi cukup segala keperluan hidup yang disediakan oleh keluarga mereka.....
Jika kita imbas kembali, Dasar DEB ini digagaskan oleh YAB Tun Razak(ayahanda Dato Seri Najib, the current PM)yang sangat memberi manfaat kepada kaum melayu/bumiputra seperti apa yang mereka ada pada hari ini....
Lucunya, ada suara2 nakal yang mengatakan bahawa DEB ini gagal disebabkan BN/UMNO yang menguasai kerajaan tidak serius meningkatkan taraf hidup melayu/Bumiputra??? Benarkah begitu atau itu hanyalah peluru politik pihak2 tertentu atau melayu bumiputra itu sendiri yang menggagalkan dasar2 ini?
Saya ingin membawa pembaca kepada fakta-fakta ringkas di sini tanpa sebarang kepentingan atau kecenderungan politik kepada pihak2 tertentu:-
Saya dibesarkan di sungai petani dan juga menghabiskan pengajian menengah di sungai petani sebelum melanjutkan pelajaran ke UKM dan kembali bekerja di sungai petani...
Sepanjang hidup saya sebelum bekerja tetap, saya banyak bekerja separuh masa dengan pelbagai syarikat,kilang, firma guaman, restoran, gerai, hotel dan sebagainya....pengalaman hidup yang saya kumpul melalui pemerhatian saya bekerja kadang-kala mengecewakan saya dengan sikap bangsa saya yang sangat kurang pendedahan untuk menjayakan dasar DEB yang kerajaan perkenalkan ini....ada juga(sebenarnya terlalu ramai) kalangan bangsa saya yang mengkhianati dasar ini.....
Saya masih ingat ketika itu saya masih belajar di tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah di sungai petani, saya melalui satu kawasan ketika bekerja separuh masa(part time)....ramai orang di situ, saya tertanya-tanya akan keadaan seperti itu....ooo rupa2nya ada sebuah firma guaman bukan bumiputra baru membuka cawangan di situ.... saya lihat begitu ramai kakitangan bank berbangsa melayu yang juga daripada bank-bank milik kerajaan (GLC)hadir pada majlis pembukaan firma tersebut....
Ketika itu saya tidak tahu apa2 dan menganggapnya sebagai perkara biasa sahaja....semakin saya meningkat usia baru saya memahami keadaan itu....ketika bersendirian, saya selalu berasa sedih dengan nasib bangsa saya....kenapa mereka begitu? saya tahu bukanlah menjadi satu kesalahan bagi bank-bank glc menyokong firma guaman non-bumi tetapi sokongan mereka sangat kuat tanpa mereka sedari yang jawatan regional manager,area manager, manager, bussines manager yang mereka nikmati itu adalah belas ehsan daripada dasar DEB.....
saudara sekalian yakin jika tiada dasar ini, pihak pengurusan tertinggi mahu melantik org melayu/bumi untuk jawatan-jawatan tersebut? kenapa perlu melayu? apa kelebihan melayu? bangsa-bangsa lain juga ramai yang layak...jawapannya kerana adanya dasar DEB ini....
mungkin ramai tertanya-tanya kenapa dasar DEB tidak melahirkan peniaga melayu/bumi yang berjaya? jawapannya kerana adanya pengkhianat yang juga berbangsa melayu/bumi yang menggagalkan dasar DEB ini...mereka sebenarnya bodoh kerana tindakan mereka itu akan kembali kepada diri mereka sendiri...
tetapi kalau saudara-saudara bertanya kepada mereka kenapa berbuat begitu, mereka akan memberi alasan yang mereka rasa "sudah cukup bagus" kerana mereka tidak sedar yang diri mereka bodoh.... antara alasan yang diberi ialah, 1.firm melayu lambat 2.firm melayu kerja tak steady.... 3.firm melayu selalu buat silap....
atas dasar dan alasan inilah sebenarnya kerajaan dikhianati oleh rakyat-rakyatnya yg diberi nikmat DEB....mereka ini tidak sedar diri kerana alasan-alasan yang mereka beri adalah tidak benar kerana secepat manapun sesebuah entiti perniagaan melayu/bumiputra itu bekerja tetapi jika tiada habuan wang diberi kepada pegawai-pegawai melayu yang berlindung di bawah bumbung bank-bank @ syarikat GLC ini maka mereka tidak akan memberi lagi peluang kepada syarikat/firma bumiputra melayu tersebut....tanyalah sesiapapun yang terlibat dalam bidang perniagaan ini...tanpa mengira parti politik mereka akan bersetuju dengan kenyataan ini....
Saya mengaku bangsa melayu masih muda tetapi kita perlu banyak berusaha, berani dan berfikir... kenapa ketika membeli rumah, bangsa melayu yang garang di luar begitu kecut dan pengecut di hadapan pemaju perumahan bukan bumiputra(sememangnya pemaju perumahan hampir tiada yang bumiputra)apabila pemaju tersebut menyatakan bahawa perjanjian jual beli dan dokumen pinjaman bank hanya diberi kepada panel? walau setinggi manapun kelulusan bangsa melayu/bumiputra yang menjadi pelanggan pada ketika itu, mereka tetap tidak boleh berfikir ditambah dengan perasaan takut untuk bersuara.....ini menunjukkan melayu tidak terdedah dengan dunia perniagaan yang sebenar.(perhatian: ejen komisyen bukanlah peniaga)
sebagai pengguna, bangsa kita boleh menolak desakan pemaju tersebut....hampir tiada pemaju perumahan menjadi angkuh jika rumahnya tidak dijual...mereka menjadi angkuh kerana rumah mereka habis dijual....
alasan mempunyai panel adalah kerana mudah untuk mengawal kualiti kerja sesebuah syarikat @ firma....itu adalah helah orang yang bodoh....tetapi helah yang bodoh ini akan nampak semacam pandai jika dikongsi bersama-sama orang yang bodoh juga.... kualiti kerja boleh dikawal jika sesebuah firma/syarikat yang bermasalah disenaraihitamkan tanpa perlu panel....
sebab itulah jika bangsa lain menentang dasar DEB, saya berasa lucu kerana merekalah sebenarnya yang menindas, tidak memberi peluang kepada bangsa-bangsa lain....tetapi atas dasar tamak, mereka ingin membolot peluang-peluang kecil yang ada pada bangsa melayu/bumi....cuba perhatikan syarikat-syarikat swasta, pemaju perumahan,kilang-kilang, berapa kerat melayu bumiputra yang bekerja di bahagian pengurusan menengah dan tinggi? cuba perhatikan pemaju perumahan swasta, berapa kerat firma guaman bumiputra dimasukkan ke dalam panel? Jadi, jika begitu, mengapa mempertikaikan dasar DEB jika bangsa kita sendiri lebih teruk tidak adil dan menindas bangsa lain?
Sungguhpun begitu, kita tidak boleh menyalahkan bangsa-bangsa lain jika terjadi begitu kerana kesilapan besar tetap ada pada bangsa melayu/bumiputra? Lihat fakta-fakta di bawah ini…
1.kenapa kita tidak membeli di kedai runcit melayu walaupun harganya mahal sedikit kerana mereka mendapat barang yang mahal?(kita boleh pergi spa, lagi mahal, karaoke lagi mahal?)
2.kenapa ketika ingin meminjam wang daripada bank kita tidak pergi kepada pegawai melayu?
3.kenapa ketika ingin membeli kereta kita tidak pergi kepada jurujual melayu?
4.kenapa pegawai melayu syarikat/bank GLC tidak memberi kes-kes kepada firma guaman melayu/syarikat jurunilai melayu secara sama rata dalam jumlah yang banyak?
5.kenapa pegawai-pegawai bank perlu ambil rasuah untuk memberi kes kepada firma guaman melayu/syarikat jurunilai melayu?(jika tidak beri rasuah, kes tersebut diberi kepada syarikat melayu yang memberi mereka wang walaupun kualiti kerja teruk ataupun terus memberi kepada syarikat bukan bumiputra)
6.kenapa syarikat perumahan GLC tidak membuat pembahagian sama rata kepada firma-firma guaman/kontraktor melayu? kenapa perlu satu syarikat diberi ribuan kes?
7.kenapa bank-bank glc tidak membuat pembahagian adil kes-kes perumahan,saman,penilaian kepada firma-firma guaman/ syarikat jurunilai melayu yang berkualiti?(bukan semua kes lawyer/syarikat jurunilai rujuk/refer, hang sorang ja bodoh,jangan ingat org lain bodoh macam hang)
8. kenapa majlis-majlis kerajaan tempatan tidak memudahkan/mempercepatkan proses lesen perniagaan kepada bangsa melayu?
9.kenapa majlis-majlis kerajaan tempatan tidak memberi lesen perniagaan kepada peniaga melayu untuk berniaga di tempat yang dikatakan “salah” tetapi lesen diberi kepada peniaga bukan melayu yang berniaga di tempat yang sama?
10. kenapa setelah kerajaan menetapkan mesti ada perkongsian 50-50 melayu dan bukan melayu dalam firma-firma guaman, syarikat jurunilai dan kontraktor tetapi pegawai-pegawai melayu bank-bank GLC tidak melaksanakannya dan tetap memberi kepada firma-firma bukan melayu?
Banyak lagi pengkhianatan-pengkhianatan yang dilakukan oleh bangsa melayu sendiri terhadap DEB yang diperkenalkan oleh kerajaan ini, padahal dasar ini untuk membantu mereka, bukan membunuh mereka.
Perhatian: Pegawai-pegawai bank melayu,pegawai-pegawai melayu syarikat GLC, kerani melayu, pekerja-pekerja melayu majlis kerajaan tempatan, pengguna-pengguna Melayu BUKANLAH UMNO ATAU BARISAN NASIONAL tetapi mereka cuma berbangsa Melayu yang khianat.
Jadi kehancuran DEB adalah kerana sikap/kiasu bangsa Melayu itu sendiri. Saya sama sekali tidak menghalang jika pembaca sekalian ingin menyalahkan UMNO/BARISAN NASIONAL tetapi apa yang anda lakukan tidak akan mendatangkan apa-apa hasil kerana anda tidak mengatasi akar umbi yang menjadi punca kegagalan sebenar?
Tuesday, December 8, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
