Friday, April 2, 2010

MESYUARAT AGUNG PERKASA MALAYSIA KALI PERTAMA

AGM ini diadakan pada Hari Sabtu 27 Mac 2010, mulai jam 08:30 pagi bertempat di Dewan Tun Abdul Razak 1, PWTC, Kuala Lumpur. Ucapan dan Perasmian telah dilakukan oleh Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Ucapan juga dibuat oleh Presiden Perkasa Malaysia, Sayap-sayap PERKASA dan juga YDP-YDP PERKASA seluruh negara.

Saya mengikuti secara keseluruhan ucapan-ucapan pemimpin terbabit dan sememangnya ucapan-ucapan mereka amat tidak disenangi kerana mereka memperkatakan yang benar. Bagi saya, bangsa Melayu tidak perlu hiraukan cemuhan bukan Melayu terhadap PERKASA kerana sememangnya bukan Melayu tidak suka Bangsa Melayu menjadi bangsa yang peka dan sensitif terhadap hak-hak mereka.

Saya berasa cukup hairan bagaimana "so called pejuang hak asasi manusia dan perlembagaan negara" di luar sana tidak menempelak golongan yang membuat tuduhan dan mencemuh PERKASA kerana jelas mereka yang memusuhi PERKASA juga dalam masa yang sama tidak menghormati ketertinggian Perlembagaan. Justeru, daripada itu kita dapat menilai bahawa sebenarnya "so called pejuang hak asasi manusia dan perlembagaan negara" tersebut berpura-pura menjadi orang baik tetapi pada hakikatnya mereka merupakan kuda tunggangan individu-individu tertentu bagi tujuan politik sempit. Mereka menyalak marah kepada kerajaan yang kononnya melakukan banyak pencabulan hak asasi dan perlembagaan tetapi dalam masa yang sama mereka juga langsung tidak menghormati perlembagaan itu sendiri dan hak-hak golongan majoriti untuk bersuara.

Jika kita tidak suka pihak lain memperlakukan kita dengan layanan yang buruk maka kita juga mesti berusaha untuk tidak menjadi sebahagian daripada mereka. Tetapi apa yang terjadi di negara kita adalah sebaliknya. Pihak yang begitu kuat mengkritik kerajaan melakukan pelbagai kejahatan kononnya adalah mereka yang juga melakukan pelbagai fitnah dan tohmahan kepada musuh politik mereka. Mereka menuduh kerajaan kononnya menimbulkan kebencian perkauman di kalangan rakyat tetapi dalam masa yang sama mereka juga memanipulasikan fakta bagi menimbulkan kebencian rakyat berbilangan kaum sesama mereka.

Kaum bukan Melayu hari ini menjadi begitu berani kerana mereka sedar apa yang diperkatakan oleh mereka walaupun jelas salah dan tidak betul tetap akan disokong oleh segelintir orang Melayu itu sendiri. Sebagai contoh, Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Kata Datuk Teng, Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia. Benarkah begitu? Kalau bangsa Melayu tidak bertolak ansur, nescaya Datuk Teng sekarang juga bukan warganegara Malaysia. Kaum bukan Melayu lah sebenarnya pelampau agama, bangsa dan menjijikkan kerana mereka inginkan hak-hak keistimewaan Melayu dihapuskan tetapi mereka tidak pula ingin menyerahkan hak kewarganegaraan mereka kembali kepada orang Melayu. Orang seperti ini sebenarnya tidak diperlukan oleh kita kerana jelas menentang apa sahaja walaupun perkara tersebut untuk kebaikan rakyat.


Seorang lagi yang berfikiran cetek adalah Li Fook Gao yang menulis berkenaan PERKASA di Akhbar Harakah. Jelas apa yang beliau nyatakan adalah tidak benar. Beliau menyatakan Tun Dr Mahathir tidak menyentuh tentang rasuah dalam AGM Perkasa dan oleh itu ia menyebabkan punca kegagalan DEB. Tun M dalam banyak majlis-majlis yang lain menekankan tentang bahaya rasuah dan ucapan-ucapan beliau dalam majlis-majlis PERKASA yang lain juga menekankan tentang rasuah. Justeru, dalam AGM PERKASA, Tun Mahathir cuba menggunakan masa yang begitu terhad untuk menjawab segala tuduhan-tuduhan tidak benar bukan Melayu kepada kaum Melayu. Jelas Li Fook
Gao seperti bukan Melayu yang lain hanya suka melemparkan tuduhan yang mereka sendiri tahu tidak benar. Mereka tidak takut kerana apabila ada orang Melayu yang cuba menyerang maka mereka tidak perlu menjawab kerana akan ada orang Melayu lain yang mempertahankan kenyataan salah mereka.

Kepada kaum bukan Melayu, DEB dan Perkara 152,153 PP bukanlah secara berkala. Jika bukan Melayu mahu DEB dan Perkara 152,153 PP dibuat secara berkala atau tempoh tertentu maka untuk Keadilan seperti mana kononnya mereka junjung, seluruh peruntukan Perlembagaan itu juga perlu dibuat secara berkala. Oleh itu, DEB dan Perkara 152,153 perlu terus dilaksanakan meskipun bangsa Melayu suatu masa nanti telah dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain di Malaysia kerana ia adalah hak-hak Bangsa Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan bukannya untuk tempoh masa tertentu. Jika tidak, kewarganegaraan kepada bukan Melayu juga perlu dilaksanakan secara berkala dan ditarikbalik apabila sampai tempoh tertentu yang difikirkan sesuai oleh bangsa Melayu. Ini barulah dinamakan keadilan.

Saya menyeru semua orang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu agar mempertahankan PERKASA sebagai salah satu warisan negara. Jangan terlalu mudah diadu domba oleh kaum bukan Melayu sehingga ada bangsa Melayu menjadi talibarut kaum-kaum lain untuk mempertahankan perkara yang tidak benar. Perbuatan mengkhianati agama dan bangsa sendiri akan membawa padah yang cukup dahsyat kepada kita semua. Bersatulah kita.

No comments:

Post a Comment