Friday, April 2, 2010

MESYUARAT AGUNG PERKASA MALAYSIA KALI PERTAMA

AGM ini diadakan pada Hari Sabtu 27 Mac 2010, mulai jam 08:30 pagi bertempat di Dewan Tun Abdul Razak 1, PWTC, Kuala Lumpur. Ucapan dan Perasmian telah dilakukan oleh Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Ucapan juga dibuat oleh Presiden Perkasa Malaysia, Sayap-sayap PERKASA dan juga YDP-YDP PERKASA seluruh negara.

Saya mengikuti secara keseluruhan ucapan-ucapan pemimpin terbabit dan sememangnya ucapan-ucapan mereka amat tidak disenangi kerana mereka memperkatakan yang benar. Bagi saya, bangsa Melayu tidak perlu hiraukan cemuhan bukan Melayu terhadap PERKASA kerana sememangnya bukan Melayu tidak suka Bangsa Melayu menjadi bangsa yang peka dan sensitif terhadap hak-hak mereka.

Saya berasa cukup hairan bagaimana "so called pejuang hak asasi manusia dan perlembagaan negara" di luar sana tidak menempelak golongan yang membuat tuduhan dan mencemuh PERKASA kerana jelas mereka yang memusuhi PERKASA juga dalam masa yang sama tidak menghormati ketertinggian Perlembagaan. Justeru, daripada itu kita dapat menilai bahawa sebenarnya "so called pejuang hak asasi manusia dan perlembagaan negara" tersebut berpura-pura menjadi orang baik tetapi pada hakikatnya mereka merupakan kuda tunggangan individu-individu tertentu bagi tujuan politik sempit. Mereka menyalak marah kepada kerajaan yang kononnya melakukan banyak pencabulan hak asasi dan perlembagaan tetapi dalam masa yang sama mereka juga langsung tidak menghormati perlembagaan itu sendiri dan hak-hak golongan majoriti untuk bersuara.

Jika kita tidak suka pihak lain memperlakukan kita dengan layanan yang buruk maka kita juga mesti berusaha untuk tidak menjadi sebahagian daripada mereka. Tetapi apa yang terjadi di negara kita adalah sebaliknya. Pihak yang begitu kuat mengkritik kerajaan melakukan pelbagai kejahatan kononnya adalah mereka yang juga melakukan pelbagai fitnah dan tohmahan kepada musuh politik mereka. Mereka menuduh kerajaan kononnya menimbulkan kebencian perkauman di kalangan rakyat tetapi dalam masa yang sama mereka juga memanipulasikan fakta bagi menimbulkan kebencian rakyat berbilangan kaum sesama mereka.

Kaum bukan Melayu hari ini menjadi begitu berani kerana mereka sedar apa yang diperkatakan oleh mereka walaupun jelas salah dan tidak betul tetap akan disokong oleh segelintir orang Melayu itu sendiri. Sebagai contoh, Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Kata Datuk Teng, Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia. Benarkah begitu? Kalau bangsa Melayu tidak bertolak ansur, nescaya Datuk Teng sekarang juga bukan warganegara Malaysia. Kaum bukan Melayu lah sebenarnya pelampau agama, bangsa dan menjijikkan kerana mereka inginkan hak-hak keistimewaan Melayu dihapuskan tetapi mereka tidak pula ingin menyerahkan hak kewarganegaraan mereka kembali kepada orang Melayu. Orang seperti ini sebenarnya tidak diperlukan oleh kita kerana jelas menentang apa sahaja walaupun perkara tersebut untuk kebaikan rakyat.


Seorang lagi yang berfikiran cetek adalah Li Fook Gao yang menulis berkenaan PERKASA di Akhbar Harakah. Jelas apa yang beliau nyatakan adalah tidak benar. Beliau menyatakan Tun Dr Mahathir tidak menyentuh tentang rasuah dalam AGM Perkasa dan oleh itu ia menyebabkan punca kegagalan DEB. Tun M dalam banyak majlis-majlis yang lain menekankan tentang bahaya rasuah dan ucapan-ucapan beliau dalam majlis-majlis PERKASA yang lain juga menekankan tentang rasuah. Justeru, dalam AGM PERKASA, Tun Mahathir cuba menggunakan masa yang begitu terhad untuk menjawab segala tuduhan-tuduhan tidak benar bukan Melayu kepada kaum Melayu. Jelas Li Fook
Gao seperti bukan Melayu yang lain hanya suka melemparkan tuduhan yang mereka sendiri tahu tidak benar. Mereka tidak takut kerana apabila ada orang Melayu yang cuba menyerang maka mereka tidak perlu menjawab kerana akan ada orang Melayu lain yang mempertahankan kenyataan salah mereka.

Kepada kaum bukan Melayu, DEB dan Perkara 152,153 PP bukanlah secara berkala. Jika bukan Melayu mahu DEB dan Perkara 152,153 PP dibuat secara berkala atau tempoh tertentu maka untuk Keadilan seperti mana kononnya mereka junjung, seluruh peruntukan Perlembagaan itu juga perlu dibuat secara berkala. Oleh itu, DEB dan Perkara 152,153 perlu terus dilaksanakan meskipun bangsa Melayu suatu masa nanti telah dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain di Malaysia kerana ia adalah hak-hak Bangsa Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan bukannya untuk tempoh masa tertentu. Jika tidak, kewarganegaraan kepada bukan Melayu juga perlu dilaksanakan secara berkala dan ditarikbalik apabila sampai tempoh tertentu yang difikirkan sesuai oleh bangsa Melayu. Ini barulah dinamakan keadilan.

Saya menyeru semua orang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu agar mempertahankan PERKASA sebagai salah satu warisan negara. Jangan terlalu mudah diadu domba oleh kaum bukan Melayu sehingga ada bangsa Melayu menjadi talibarut kaum-kaum lain untuk mempertahankan perkara yang tidak benar. Perbuatan mengkhianati agama dan bangsa sendiri akan membawa padah yang cukup dahsyat kepada kita semua. Bersatulah kita.

Saturday, March 20, 2010

Salam 1Malaysia

Mungkin itulah keburukan menjadi kerajaan, apa sahaja kebaikan pasti akan dipandang buruk dan negatif. Atau mungkin juga itu hanya keburukan org Islam Melayu di Malaysia yang tidak berjiwa besar dan sentiasa rendah diri ataupun suka berbalah segala perkara apabila tidak mempunyai ideologi politik yg sama.

Begitulah rendahnya mentaliti masyarakat kita. Saya masih ingat lagi dahulu ketika kerajaan memperkenalkan Penanaman Padi Dua Kali Setahun, apa yang org Islam kita kata? Mereka begitu marah dengan penanaman padi sebegini atas alasan sebelum ini tidakpun pernah dilakukan. Niat sebenar kerajaan adalah untuk meningkatkan ekonomi org Islam kita tapi disebabkan peranan pihak ketiga yang suka adu domba dan mempolitikkan segala isu maka bermacam-macam lah tohmahan dan tentangan yang dilemparkan. Begitu juga dengan projek lebuh raya utara selatan yang dikatakan sebagai projek yang tidak berguna tetapi kini menjadi penghubung yang sangat berkesan bagi pelajar-pelajar, peniaga-peniaga dan segala urusan rasmi disebabkan faktor keselesaan dan masa.

Sebab itulah jika kita lihat kesukaran untuk menjayakan penjualan tanah, ini semuanya berkait dengan pihak ketiga. Tuan punya tanah akan mudah mempercayai pihak ketiga yang akhirnya membawa kerugian kepada diri tuan tanah. Begitu jugalah dengan rakyat atau kumpulan sasar sesuatu perubahan yang cuba dibawa oleh kerajaan, rakyat atau kumpulan sasar ini begitu mudah mempercayai cakap-cakap politik atau hasutan pihak ketiga. Saya sangat yakin mereka langsung tidak mengkaji atau berfikir secara tenang akan kebaikan sesuatu perubahan. Mereka lebih senang menggunakan emosi yang akhirnya memakan diri mereka.

Berbalik kepada Salam 1Malaysia, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba membawa dakyah bahawa kerajaan cuba menggantikan pengucapan "Assalamualaikum" dengan Salam 1Malaysia. Walhal hakikat dan kebenarannya adalah Salam 1Malaysia itu adalah sebagai pengganti Salam Sejahtera kepada rakyat bukan beragama Islam di negara kita.

Kadang-kadang terfikir juga bahawa umat Islam di Malaysia hanya mengucapkan "Fitnah itu lebih dasyat daripada membunuh" hanya sebagai mainan bibir atau senjata politik apabila kumpulan yang mereka sertai ditimba musibah. Padahal dalam banyak perkara kerajaan ditohmah tidak pula diperbetulkan akan tohmahan itu.

Nampaknya kematangan politik kita masih di peringkat yang sangat rendah, kita tidakpun berusaha menjayakan konsep "check and balance" dalam konteks yang diredhai oleh Allah. Sesiapa yang bermusuh dengan kita secara politik akan ditolak segala kebaikan kerana dendam kesumat kita yang tidak berpenghujung. Begitulah tragisnya perpecahan agama dan bangsa di negara kita. Pencinta-pencinta Islam kita masih tidak berada di lorong yang betul.

Monday, March 15, 2010

Bersatu Pada Isu

Mmg mustahil untuk kita tidak langsung mempunyai perbezaan politik.Tetapi BERSATULAH kita pada isu-isu yang menyentuh kepentingan bangsa dan agama.Jangan kerana hendakkan undi sesetengah golongan maka kita gadaikan segala apa yang menjadi hak kita.Kita bukan cuba mengambil hak bangsa-bangsa lain tetapi kita cuma mempertahankan hak kita sahaja. Ekstrim kah kita? Undi tersebut tidak lagi bermakna jika apa yang menjadi hak kita selama ini sudahpun kita serahkan pada bangsa lain, umpama kita menjadi ketua pada parti minoriti yang tidak berkuasa.

Melayu merupakan satu bangsa yang begitu pentingkan diri sendiri. Sebab itulah usaha kerajaan untuk Pemerkasaan Ekonomi gagal sampai ke hari ini,sama ada disabotaj oleh pembangkang Melayu, orang dalam Melayu, penjawat-penjawat awam Melayu dan juga orang melayu itu sendiri. Ini adalah hakikat yang walaupun dinafikan tetapi kebenaran itu tetap berdiri dengan sendirinya. Sebab Melayu jadi begitu adalah kerana RASUAH di segala sektor di Malaysia walaupun syarikat atau badan yg dikuasai oleh Melayu itu tertera nama ISLAM dalam pendaftaran tubuh syarikatnya.

Melayu hanya ambil Islam pada tempat-tempat yang untung sahaja, contohnya amalkan perbankan Islam sebab membawa untung, Insurans Islam sebab bawa untung. Melayu benci habis dengan RIBA bukan sebab Allah kata riba tu haram tetapi sebab riba mengambil duit poket Melayu dalam jumlah yang banyak. Apa buktinya?

Buktinya, Allah juga kata RASUAH tu haram tetapi kenapa Melayu ketagih habis dengan RASUAH? Sebabnya Rasuah tak ambil duit poket Melayu tetapi Rasuah memberi duit poket kepada Melayu dengan jalan mudah. Sebab jadi begitu kerana Melayu ni Pemalas, semua perkara nak dengan cepat dan mudah. Nak meniaga, duit lambat sangat, bila duit lambat, tak bolehlah nak menunjuk-nunjuk pada orang lain. Itu saja.

Tidak salah kita mempunyai kepentingan, semua manusia berkepentingan, sebagai contoh bagi seorang kontraktor, mendapat projek bukanlah sesuatu yang jahat asalkan projek itu tidak diali-babakan, sebagai seorang doktor, mencari panel-panel kilang,syarikat bukanlah sesuatu yang jahat kerana ini adalah perniagaan. Untung berniaga adalah halal di sisi undang-undang dan agama.

Masalah Melayu adalah memandang sangat negatif kepada untung perniagaan dan menganggap orang-orang yg betul-betul berniaga sehingga kaya raya sebagai seorang manusia yg sangat jahat.Jangan salah anggap, berkepentingan tidak berdosa, yang berdosa adalah "sangat berkepentingan". Mana mungkin manusia tidak berkepentingan, bagaimana kita hendak hidup?

Tetapi Melayu adalah orang yang sangat berkepentingan, apa itu "sangat berkepentingan"? Sangat berkepentingan adalah pemalas-pemalas dan perasuah-perasuah di sektor swasta dan kerajaan. Mereka menganggap peniaga-peniaga yang tidak memberi rasuah kepada mereka adalah orang yg sangat jahat budi pekertinya. Oleh itu, Melayu yang sangat berkepentingan ini akan menutup peluang-peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga yang tidak memberi rasuah dan akan memberi peluang perniagaan kepada org-orang yang sanggup merasuah mereka walaupun orang-orang tersebut tidak mampu menyediakan perkhidmatan yg terbaik kepada pelanggan.Inilah kerisauan Tun Mahathir sebenarnya, kita tidak akan maju,berjaya dan kaya jika mempunyai sifat keji sebegini.

“Perjuangan Belum Selesai”

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996

Saturday, March 13, 2010

Pelaksanaan Pemantauan Secara Online Terhadap Pemaju-Pemaju Perumahan Berkenaan Pematuhan Kouta 30% Bumiputra bagi Projek-Projek Perumahan dan Rakan-Rakan Niaga Yang Wujud Daripada Projek-Projek tersebut Untuk Mengelakkan Daripada Penipuan Terus Dilakukan Hampir Puluhan Tahun Lamanya Terhadap Kerajaan Dan Juga Bumiputra.

Kerajaan dan UMNO sering dipersalahkan apabila sesuatu dasar itu gagal. Walhal kegagalan sesuatu dasar itu adalah akibat daripada tindakan Si Kitol Moden yang cuba mengkhianati segala perancangan baik demi mengejar kuasa dan kedudukan politik. Ketagihan bangsa Melayu kepada kuasa politik adalah kerana kemalasan yang membelenggu diri mereka dan nafsu yang membuak-buak untuk mendapatkan wang dengan jalan yang mudah tanpa perlu berusaha.

Kerajaan perlu belajar daripada kegagalan perlaksanaan DEB dan memperbaiki kesilapan dan menggagalkan rancangan sabotaj Si Kitol yang ada dalam bangsa Melayu itu sendiri dengan memantau secara terperinci perlaksanaan Model Ekonomi Baru yang akan diperkenalkan pada 30 Mac 2010 ini. Jangan biarkan MEB menuju kehancuran sebagaimana DEB dahulu.

Berbalik kepada isu yang dibincangkan, Orang ramai tanpa mengira bangsa perlu mempunyai akses terus kepada lot-lot perumahan dan bangunan kedai milik pemaju-pemaju perumahan untuk mengelakkan daripada terus ditipu tentang status kekosongan sesuatu lot tersebut. Penipuan ini telah menyebabkan lot-lot bangunan kedai di kawasan bandar dan strategik hanya dimonopoli oleh bangsa tertentu sahaja dan sekaligus menggagalkan dasar pembahagian ekonomi adil dan saksama menurut Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan serta memperbodohkan pihak berkuasa secara terang-terangan.

Pematuhan syarat-syarat di atas perlu dijadikan syarat mandatori untuk memperbaharui lesen pemaju perumahan tanpa perlu berkompromi dengan mana-mana pihak.

Yang dimaksudkan akses terus atau "direct access" oleh pengguna dan pihak berkuasa adalah dengan melaksanakan pemantauan secara berkomputer... Bagi lot-lot yang dikatakan oleh developer(pemaju perumahan) sudah dibeli atau dalam proses permohonan pinjaman(loan), perlu dimasukkan butir-butir lengkap pelanggan di dalam sistem komputer kerajaan spt nama, no. k/p, alamat rumah dan pejabat, pekerjaan, butir-butir bank/institusi kewangan yang memberi pinjaman, tarikh booking lot-lot berkenaan, no rujukan fail pemaju perumahan, nama peguamcara dan no.fail peguamcara berserta alamat lengkapnya.

Pemantauan seperti ini perlu dilakukan secara segera dan berterusan kerana ianya sangat genting kerana Bumiputra hampir hilang keseluruhan pemilikan rumah dan bangunan kedai di kawasan-kawasan strategik akibat kelalaian dan kealpaan kita untuk mengatasi penipuan-penipuan mudah yang dilakukan oleh pihak pemaju perumahan.

Selain itu, apabila kerajaan persekutuan atau negeri ingin memberi tanah kepada Pemaju-Pemaju Perumahan maka hendaklah disyaratkan secara bertulis dan dengan klausa-klausa yang jelas bahawa pemberian tanah ini hanyalah semata-mata diberi untuk tujuan pembangunan, manakala soal penentuan peguam, kontraktor, jurunilai, pembekal, kedai hardware adalah hak mutlak kerajaan yang tidak boleh dipertikaikan. Perlu dimasukkan terma bahawa ketidakpatuhan ini akan memberi kuasa budi bicara mutlak kepada pihak kerajaan untuk membatalkan perjanjian dan menarik balik tanah tersebut serta merta tanpa sebarang notis.

Ini kerana, Pemaju-Pemaju Perumahan yang diberikan tanah-tanah yang bernilai tinggi langsung tidak berterima kasih, rakus dan terus dengan keangkuhan mereka dalam melaksanakan agenda perkauman yang bahaya dan sempit. Contohnya, bukan sahaja mereka mendapat untung daripada jualan hartanah tersebut tetapi juga mereka akan niagakan peguam-peguam, kontraktor, pembekal, syarikat-syarikat hardware dan secara keseluruhannya peguam, kontraktor, pembekal dan hardware hanyalah bertumpu kepada satu bangsa sahaja.

Kerajaan perlu bertindak tegas dan segera dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas bukanlah sesuatu yang zalim kerana pemaju-pemaju perumahan telah mendapat keuntungan yang sangat besar hasil daripada jualan hartanah. Justeru, tindakan mereka menghancurkan perniagaan2 syarikat guaman, kontraktor, pembekal, kedai hardware bangsa-bangsa lain perlu dihentikan tanpa sebarang kompromi dan rasa gentar. Jika tidak, negara kita akan melahirkan ekonomi perkauman yang tidak sihat.

Kesan paling serius akibat ketidakpatuhan ini dapat kita rasai dalam sesuatu pilihanraya umum kerana sesuatu kawasan dimonopoli oleh kaum-kaum tertentu. Daripada inilah wujudnya pelampau-pelampau yang cuba mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan cuba mengambil hak-hak kaum Bumiputra tetapi dalam masa yang sama tidak pula ingin mengorbankan hak-hak yang mereka nikmati hasil daripada pemberian Kaum Melayu/Bumiputra kepada mereka.

Akibat daripada kealpaan ini, dasar utama kerajaan untuk mendekatkan jurang ekonomi antara kaum telah gagal hampir keseluruhannya.Bertindaklah sebelum terlambat....Hapuskan monopoli ekonomi oleh sesuatu kaum demi menjayakan dasar 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...

Cadangan mewujudkan Pengilang, Trading House dan Hardware Shop Bahan-Bahan Binaan milikan Kerajaan (GLC) Bagi Membantu Kontraktor Bumiputra Kelas F Secara Holistik Dan Terancang Di Seluruh Negara

Sudah sampai masanya kerajaan memikirkan langkah dan cadangan ini, apa yang kerajaan lakukan ini bukanlah untuk menutup mana-mana perniagaan sesuatu bangsa tetapi untuk menghentikan penindasan satu bangsa ke atas bangsa lain yang telah berlaku puluhan tahun sejak Dasar Pecah dan Perintah diperkenalkan oleh Kerajaan British.

Kontraktor Bumiputra telah menderita sejak berpuluh-puluh tahun akibat monopoli dan penindasan bangsa lain ke atas sektor pembinaan negara. Hampir tiada Kontraktor Bumiputra yang dapat bersaing secara sihat dengan Kontraktor bangsa lain bukan disebabkan mereka lemah tetapi disebabkan persaingan yang tidak sihat bangsa lain ke atas kontraktor bumiputra.

Ini adalah cadangan yang bukan perkauman dan bukan untuk menutup peluang syarikat hardware Cina untuk berniaga tetapi cuma membuka peluang agar semua kontraktor tanpa mengira bangsa dapat membeli bahan-bahan mentah pada harga yang sama dan tempoh kredit yang sama.

Justeru, tidak ada mana-mana kontraktor dari mana-mana bangsa tertindas seperti yang terjadi pada hari ini sejak dahulu lagi.

Faedah daripada cadangan ini dapat dirasai oleh pelbagai peringkat masyarakat sehinggalah kepada pengguna yang berpendapatan rendah kerana harga tidak lagi boleh dispekulasikan seperti mana yang dibuat saban bulan dan tahun oleh Pengilang, Trading House dan Hardware Shop Bahan-Bahan Binaan milik persendirian.

Oleh demikian, pemantauan secara ketat perlulah dilakukan secara konsisten oleh pegawai-pegawai yang diamanahkan oleh kerajaan ini agar pelaksanaannya selari seperti dirancang. Jangan ada unsur-unsur rasuah dalam menjalankan amanah ini jika benar-benar mahu melihat kejayaan cadangan ini yang mana nikmatnya dirasai oleh semua kaum di negara kita.

Sunday, March 7, 2010

CEUPACS @ Melayu

Saya sudah lama terpanggil untuk menulis berkenaan Ceupacs yang merupakan Persatuan yang memperjuangkan kebajikan pekerja-pekerja sektor awam.

Cuba kita lihat secara positif tanpa ada sebarang emosi, sentimen atau jauh sekali perasaan marah membuta tuli dengan fakta-fakta yang cuba saya nyatakan di sini. Trend perjuangan Ceupacs sepanjang penubuhannya adalah agak sama secara keseluruhannya iaitu memperjuangkan kemanisan untuk hidup mewah,selesa dan setara bagi pekerja-pekerja sektor awam dengan sektor-sektor lain atau bangsa-bangsa lain tanpa menekankan atau melupakan kepada nilai-nilai kerajinan, usaha, keikhlasan, ketekunan, integriti, ketelusan, tidak mudah melenting apabila melakukan kesalahan atau penganiayaan kepada rakyat, imbuhan diberi berdasarkan kepada pencapaian, kecepatan menyelesaikan tugas,berlapang dada dan ikhtiar.

Tiada langsung CEUPACS cuba menerapkan nilai-nilai murni di atas. Saya tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa saya yang amat sangat dengan sikap orang-orang Melayu apabila berpersatuan. Apa yang CEUPACS suarakan umpama kita terlalu teringin merasai keuntungan besar sesebuah perniagaan tetapi kita langsung tidak mahu melihat kepada kesusahan tenaga dan ikhtiar dalam sesebuah perniagaan sehingga sesebuah syarikat itu mencapai keuntungan seperti itu.

Tapi itulah sifat bangsa saya. Kedegilan orang-orang Melayu untuk berubah telah menyebabkan sampai ke hari ini orang Melayu telah diperkotak-katikkan dengan begitu hina oleh bangsa-bangsa lain.

Kenyataan-kenyataan kebelakangan ini yang dikeluarkan oleh CEUPACS boleh menjerumuskan bangsa Melayu kepada kehancuran kerana tiada langsung program yang cuba diterapkan oleh CEUPACS berkenaan nilai-nilai yang saya nyatakan di atas.

Cuba kita renung permintaan-permintaan dan desakan-desakan ini yang hanya memenuhi tembolok nafsu serakah sekumpulan sangat kecil golongan yang berjumlah sejuta orang berbanding jumlah rakyat Malaysia keseluruhannya: persoalan gender dalam sektor awam, buat kerja sampingan jika kerja lebih masa tidak dibayar, tuntut kerja lebih masa dibayar tunai, ubah nama PA kepada Setiausaha Tadbir, sistem ganjaran dapat tingkatkan produktiviti, desakan bonus saban tahun.

Pernahkan Ceupacs cuba suarakan dan gesa ahli-ahlinya supaya buat kerja lebih masa jika tidak buat kerja sepanjang waktu pejabat, tuntut ahli buat kerja dengan seberapa segera apabila berhubung dengan orang ramai atau sektor perniaagaan di mana masa adalah sangat berharga bagi sektor swasta dan perniagaan, seru ahli tingkatkan produktiviti dengan serta merta dan konsisten sepanjang masa apabila mendapat kenaikan gaji atau pemberian bonus, desak ahli-ahli yang tidak mempunyai produktiviti supaya melepaskan jawatan masing-masing seberapa segera kerana jawatan sektor awam adalah dibayar gaji dan bukannya sukarela, didik ahli supaya jangan merungut apabila kerja banyak(walaupun yang dikatakan kerja banyak itu tidakpun sampai 30% daripada beban kerja sektor swasta dan perniagaan)kerana ahli-ahli yang memohon kerja pada kerajaan dan bukannya kerajaan menawarkan kerja kepada ahli-ahli, didik ahli-ahli supaya rajin bekerja kerana tidak bekerja ketika waktu kerja adalah sama haramnya macam kita mengamalkan riba, mengambil rasuah, tidak berpuasa, memakan makanan yang diharamkan dan pelbagai lagi dosa-dosa disisi Allah.

Saya berasa sangat lucu dengan kenyataan CEUPACS bahawa dengan Sistem Ganjaran maka kualiti dan produktiviti kerja di kalangan penjawat awam dan pentadbiran kerajaan akan meningkat. CEUPACS cuba bandingkan dengan negara luar tetapi masalahnya ahli-ahlinya adalah bangsa Melayu yang memang degil, malas dan susah untuk berubah kepada kebaikan. Cuba kita lihat bagaimana bangsa Cina di negara China. Rakyatnya mengubah landskap ekonomi mereka tidak sampai 30 tahun daripada dasar tertutup kepada dasar terbuka menjadi sebuah negara yang jauh lebih maju daripada Malaysia. Adakah kerana rakyat negara China semulajadi pandai dan pintar? Tidak, jawapannya adalah kerana rakyatnya yang bekerja di sektor awam, swasta dan pernigaan adalah sangat rajin, gigih dan berusaha siang dan malam untuk membangun negara mereka. Adakah kita seperti mereka? Kita hanya tahu marah apabila orang menegur kelemahan kita dan selepas kita marah, kita tetap tidak berubah. CEUPACS sepatutnya memberi alternatif kepada kerajaan, di samping cadangan yang berbentuk insentif, CEUPACS perlu desak kerajaan untuk membentuk satu badan disiplin yang aktif serta tegas kepada mana-mana ahli yang tiada produktiviti dan mencadangkan mekanisme yang lebih mudah untuk memecat penjawat-penjawat awam yang tidak menunjukkan apa-apa pencapaian dalam kualiti bekerja.

Kelemahan dan kesongsangan ini bukan sahaja berlaku dalam sektor awam tetapi berlaku dalam sektor-sektor pekerjaan yang lain di mana kerajaan atau bangsa Melayu mempunyai kuasa pentadbiran. Kita jangan marah apabila MCA mencadangkan baru-baru ini untuk pengambilan bukan bumiputera dalam perkhidmatan awam kerana prestasi dan produktiviti kerja bangsa Melayu memang sangat kronik dan mengecewakan.

Masa bangsa Melayu sudah terlalu suntuk, berubahlah dengan segera. Janganlah kita menjadi bangsa yang bebal dan menolak segala teguran-teguran baik. Begitulah sikap bangsa kita, apabila ada sesuatu yang manis maka kita akan menoleh ke negara luar, tetapi kita langsung tidak belajar dan cuba mengambil contoh tentang sikap bangsa-bangsa lain di luar sana yang sangat gigih, rajin dan bekerja dengan ikhlas untuk membangunkan negara mereka masing-masing.