Saturday, March 6, 2010

Majlis Perundingan Melayu

Walaupun agak terlambat bagi kita dalam menubuhkan sesuatu persatuan, tetapi sekurang-kurangnya kita melakukan juga. Bangsa kita perlu bernaung dan bersatu di bawah platform seperti ini kerana suara pertubuhan itu biasanya lebih kuat daripada suara individu...

Kita sebagai masyarakat utama di negara ini perlu aktif dalam persatuan bidang masing-masing untuk melakukan perancangan dengan lebih baik. Saya berasa agak lucu apabila sesebuah persatuan melayu itu aktif dan lantang bersuara maka sekumpulan kecil orang melayu sendiri dan bangsa-bangsa lain akan melemparkan pelbagai tuduhan kepada pertubuhan tersebut. Sebagai contoh, PERKASA dituduh sebagai proksi UMNO....Perkasa dikatakan ditubuhkan untuk memperjuangkan sesuatu perkara yang umno tidak boleh berkata-kata secara terbuka....

Saya masih ingat lagi ketika Tun Dr Mahathir masih menjadi PM Malaysia,Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (Jiao Zhong), Persatuan Lembaga Pengurus Sekolan Cina Malaysia (Dong Zhong)membantah keras dan mempertahankan hak pengajaran sains dan matematik dalam bahasa cina.... Bukankah persatuan2 tersebut merupakan proksi parti-parti politik berbangsa cina dan juga masyarakat cina secara amnya untuk menyuarakan bantahan dalam isu-isu yang parti-parti politik cina tidak boleh berkata-kata secara terbuka?

Orang Melayu kena kembali merenung nasib mereka, jangan suka berkelahi atau membangkang hanya disebabkan kita adalah pembangkang.... Ada masa kita terpisah secara politik pd prinsipnya dan ada kalanya kita perlu bersatu pada isu-isu yang menyentuh dan menghakis hak-hak asas bangsa kita yang sah secara undang-undang ini.

Dalam isu bahasa pun mereka boleh bersatu tanpa ada satu parti baik kerajaan atau pembangkang yang menyanggah persatuan2 tersebut, inikan pula kita berpecah belah apabila hak-hak ekonomi dan pembahagian ekonomi dalam kerajaan kepada org Melayu dipertikaikan...

Orang Melayu perlu ambil iktibar dan kembali bersatu....jangan kerana marahkan nyamuk kita membakar kelambu...Kenapa bila kewarganeraan dipersoalkan dan sejarah lampau dibacakan kembali sebagai pedoman itu dianggap sebagai rasis padahal tindakan mempersoalkan dan mempertikaikan hak-hak keistimewaan Melayu itu jauh lebih rasis kerana hak-hak keistimewaan(sedikit keistimewaan)yang dirasai oleh bangsa Melayu adalah bertitik tolak daripada orang melayu melepaskan nikmat yang terbesar dalam sebuah sistem negara moden iaitu KEWARGANERAAN.

No comments:

Post a Comment