Sunday, November 29, 2009

Dasar Pemilihan Calon

PRU12 merupakan mala petaka dan bala kepada Barisan Nasional.....Daripada satu sudut ini merupakan jam loceng kepada semua wakil rakyat BN untuk turun ke padang bagi mendengar rintihan rakyat...

Calon-calon Barisan Nasional perlu dilihat sebagai wakil yang benar-benar berkesan membantu rakyat tanpa mengira ideologi.... Perlu diingat, dalam pilihanraya umum BN memerlukan undi daripada semua pihak untuk menang bahkan undi diperlukan daripada musuh dan juga "orang gila". Bahagian-Bahagian UMNO diseluruh Malaysia perlu menjadi penggerak utama dan perlu dibersihkan daripada politik wang kerana seperti Tun Mahathir "wang yg diterima itu menjadi pendorong untuk membuat keputusan yang silap dalam mengundi".

Apabila keputusan silap dibuat maka pemimpin yang tidak berwibawa diangkat menjadi pemimpin dan segala aktiviti "syok sendiri" dibuat di bahagian-bahagian berkenaan.

Jangan biarkan Barisan Nasional berkubur kerana kita kesiankan pemimpin-pemimpin yang tidak bekerja......Kepentingan parti itu melebihi kepentingan individu........

No comments:

Post a Comment