Saturday, March 13, 2010

Pelaksanaan Pemantauan Secara Online Terhadap Pemaju-Pemaju Perumahan Berkenaan Pematuhan Kouta 30% Bumiputra bagi Projek-Projek Perumahan dan Rakan-Rakan Niaga Yang Wujud Daripada Projek-Projek tersebut Untuk Mengelakkan Daripada Penipuan Terus Dilakukan Hampir Puluhan Tahun Lamanya Terhadap Kerajaan Dan Juga Bumiputra.

Kerajaan dan UMNO sering dipersalahkan apabila sesuatu dasar itu gagal. Walhal kegagalan sesuatu dasar itu adalah akibat daripada tindakan Si Kitol Moden yang cuba mengkhianati segala perancangan baik demi mengejar kuasa dan kedudukan politik. Ketagihan bangsa Melayu kepada kuasa politik adalah kerana kemalasan yang membelenggu diri mereka dan nafsu yang membuak-buak untuk mendapatkan wang dengan jalan yang mudah tanpa perlu berusaha.

Kerajaan perlu belajar daripada kegagalan perlaksanaan DEB dan memperbaiki kesilapan dan menggagalkan rancangan sabotaj Si Kitol yang ada dalam bangsa Melayu itu sendiri dengan memantau secara terperinci perlaksanaan Model Ekonomi Baru yang akan diperkenalkan pada 30 Mac 2010 ini. Jangan biarkan MEB menuju kehancuran sebagaimana DEB dahulu.

Berbalik kepada isu yang dibincangkan, Orang ramai tanpa mengira bangsa perlu mempunyai akses terus kepada lot-lot perumahan dan bangunan kedai milik pemaju-pemaju perumahan untuk mengelakkan daripada terus ditipu tentang status kekosongan sesuatu lot tersebut. Penipuan ini telah menyebabkan lot-lot bangunan kedai di kawasan bandar dan strategik hanya dimonopoli oleh bangsa tertentu sahaja dan sekaligus menggagalkan dasar pembahagian ekonomi adil dan saksama menurut Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan serta memperbodohkan pihak berkuasa secara terang-terangan.

Pematuhan syarat-syarat di atas perlu dijadikan syarat mandatori untuk memperbaharui lesen pemaju perumahan tanpa perlu berkompromi dengan mana-mana pihak.

Yang dimaksudkan akses terus atau "direct access" oleh pengguna dan pihak berkuasa adalah dengan melaksanakan pemantauan secara berkomputer... Bagi lot-lot yang dikatakan oleh developer(pemaju perumahan) sudah dibeli atau dalam proses permohonan pinjaman(loan), perlu dimasukkan butir-butir lengkap pelanggan di dalam sistem komputer kerajaan spt nama, no. k/p, alamat rumah dan pejabat, pekerjaan, butir-butir bank/institusi kewangan yang memberi pinjaman, tarikh booking lot-lot berkenaan, no rujukan fail pemaju perumahan, nama peguamcara dan no.fail peguamcara berserta alamat lengkapnya.

Pemantauan seperti ini perlu dilakukan secara segera dan berterusan kerana ianya sangat genting kerana Bumiputra hampir hilang keseluruhan pemilikan rumah dan bangunan kedai di kawasan-kawasan strategik akibat kelalaian dan kealpaan kita untuk mengatasi penipuan-penipuan mudah yang dilakukan oleh pihak pemaju perumahan.

Selain itu, apabila kerajaan persekutuan atau negeri ingin memberi tanah kepada Pemaju-Pemaju Perumahan maka hendaklah disyaratkan secara bertulis dan dengan klausa-klausa yang jelas bahawa pemberian tanah ini hanyalah semata-mata diberi untuk tujuan pembangunan, manakala soal penentuan peguam, kontraktor, jurunilai, pembekal, kedai hardware adalah hak mutlak kerajaan yang tidak boleh dipertikaikan. Perlu dimasukkan terma bahawa ketidakpatuhan ini akan memberi kuasa budi bicara mutlak kepada pihak kerajaan untuk membatalkan perjanjian dan menarik balik tanah tersebut serta merta tanpa sebarang notis.

Ini kerana, Pemaju-Pemaju Perumahan yang diberikan tanah-tanah yang bernilai tinggi langsung tidak berterima kasih, rakus dan terus dengan keangkuhan mereka dalam melaksanakan agenda perkauman yang bahaya dan sempit. Contohnya, bukan sahaja mereka mendapat untung daripada jualan hartanah tersebut tetapi juga mereka akan niagakan peguam-peguam, kontraktor, pembekal, syarikat-syarikat hardware dan secara keseluruhannya peguam, kontraktor, pembekal dan hardware hanyalah bertumpu kepada satu bangsa sahaja.

Kerajaan perlu bertindak tegas dan segera dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas bukanlah sesuatu yang zalim kerana pemaju-pemaju perumahan telah mendapat keuntungan yang sangat besar hasil daripada jualan hartanah. Justeru, tindakan mereka menghancurkan perniagaan2 syarikat guaman, kontraktor, pembekal, kedai hardware bangsa-bangsa lain perlu dihentikan tanpa sebarang kompromi dan rasa gentar. Jika tidak, negara kita akan melahirkan ekonomi perkauman yang tidak sihat.

Kesan paling serius akibat ketidakpatuhan ini dapat kita rasai dalam sesuatu pilihanraya umum kerana sesuatu kawasan dimonopoli oleh kaum-kaum tertentu. Daripada inilah wujudnya pelampau-pelampau yang cuba mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan cuba mengambil hak-hak kaum Bumiputra tetapi dalam masa yang sama tidak pula ingin mengorbankan hak-hak yang mereka nikmati hasil daripada pemberian Kaum Melayu/Bumiputra kepada mereka.

Akibat daripada kealpaan ini, dasar utama kerajaan untuk mendekatkan jurang ekonomi antara kaum telah gagal hampir keseluruhannya.Bertindaklah sebelum terlambat....Hapuskan monopoli ekonomi oleh sesuatu kaum demi menjayakan dasar 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...

No comments:

Post a Comment