Saturday, March 13, 2010

Cadangan mewujudkan Pengilang, Trading House dan Hardware Shop Bahan-Bahan Binaan milikan Kerajaan (GLC) Bagi Membantu Kontraktor Bumiputra Kelas F Secara Holistik Dan Terancang Di Seluruh Negara

Sudah sampai masanya kerajaan memikirkan langkah dan cadangan ini, apa yang kerajaan lakukan ini bukanlah untuk menutup mana-mana perniagaan sesuatu bangsa tetapi untuk menghentikan penindasan satu bangsa ke atas bangsa lain yang telah berlaku puluhan tahun sejak Dasar Pecah dan Perintah diperkenalkan oleh Kerajaan British.

Kontraktor Bumiputra telah menderita sejak berpuluh-puluh tahun akibat monopoli dan penindasan bangsa lain ke atas sektor pembinaan negara. Hampir tiada Kontraktor Bumiputra yang dapat bersaing secara sihat dengan Kontraktor bangsa lain bukan disebabkan mereka lemah tetapi disebabkan persaingan yang tidak sihat bangsa lain ke atas kontraktor bumiputra.

Ini adalah cadangan yang bukan perkauman dan bukan untuk menutup peluang syarikat hardware Cina untuk berniaga tetapi cuma membuka peluang agar semua kontraktor tanpa mengira bangsa dapat membeli bahan-bahan mentah pada harga yang sama dan tempoh kredit yang sama.

Justeru, tidak ada mana-mana kontraktor dari mana-mana bangsa tertindas seperti yang terjadi pada hari ini sejak dahulu lagi.

Faedah daripada cadangan ini dapat dirasai oleh pelbagai peringkat masyarakat sehinggalah kepada pengguna yang berpendapatan rendah kerana harga tidak lagi boleh dispekulasikan seperti mana yang dibuat saban bulan dan tahun oleh Pengilang, Trading House dan Hardware Shop Bahan-Bahan Binaan milik persendirian.

Oleh demikian, pemantauan secara ketat perlulah dilakukan secara konsisten oleh pegawai-pegawai yang diamanahkan oleh kerajaan ini agar pelaksanaannya selari seperti dirancang. Jangan ada unsur-unsur rasuah dalam menjalankan amanah ini jika benar-benar mahu melihat kejayaan cadangan ini yang mana nikmatnya dirasai oleh semua kaum di negara kita.

No comments:

Post a Comment