Monday, November 30, 2009

Ekonomi - Monopoli @ Terbuka

Di mana-mana negara membangun, kita melihat penyakit ekonomi monopoli begitu mencengkam kita dan kesannya dirasai turun temurun... kemiskinan berlaku di mana-mana dan hanya golongan tertentu merasai nikmat ekonomi....



Sebagai seorang yang waras, kita melihat faktor ekonomi amat berkait rapat dengan kestabilan politik.... sejarah 13Mei berlaku kerana ketidakpuasan hati terhadap pembahagian dan jurang ekonomi antara rakyat.....



Saya sangat percaya(ini hanya pendapat peribadi) bahawa rakyat perlu diberi peluang untuk menjadi orang yg dapat menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain....



Mungkin ada yang berkata, kejayaan berkait rapat dengan kerajinan dan kegigihan...memang benar, saya juga percaya bahawa tidak ada kejayaan tanpa kerajinan dan kegigihan....



Tetapi, kadangkala kita perlu memberi peluang kepada semua untuk merasai nikmat ekonomi, kejayaan bukan sekadar berusaha tetapi juga berkait rapat dengan peluang....



Setelah dikaji melalui pemerhatian dan pengalaman, kerajaan banyak memberi peluang namun kadangkala(boleh dikatakan selalu) digagalkan oleh individu-individu di dalam organ-organ kerajaan(tidak kira kerajaan sepenuhnya atau GLC)....



Adakah cukup kita berkata, "susah nak kawal, jabatan2 kerajaan dan GLC terlalu besar" dan terus membiarkan perkara ini kerana kesannya akan terpalit kepada UMNO dan Barisan Nasional padahal UMNO dan Barisan Nasional sama sekali tidak terlibat....



Saya mencadangkan(pendapat peribadi) agar ditubuhkan satu pusat aduan berpusat(bila ditubuhkan perlukan dihebahkan seperti iklan KFC dan MCDONALDS setiap hari selama tempoh tertentu) yang akan bertugas sebagai "pengambil tindakan" terhadap individu-individu yg bergelar pegawai kerajaan @GLC jika berlaku salahguna kuasa dalam pengagihan ekonomi....



Kerana walaupun sehebat manapun usaha kerajaan membaikpulih dasar2 ekonomi dengan perancangan yang rapi namun apabila jabatan2 kerajaan @GLC bekerja sambil lewa maka dasar ini akan gagal dengan sendirinya.....



Berfikirlah untuk kepentingan semua bukan untuk individu @ golongan tertentu jika ingin berubah........

No comments:

Post a Comment